
Pasangan mata wang USD/CHF ini didagangkan di bawah tekanan kerana rintangan utama terletak pada tahap 0.9640. Pasangan mata wang ini telah gagal untuk menembusi di atas rintangan mendatar pada tahap 0.9640 (Tahap tinggi 20 Jun), dan masih melemah di garis bawah. Selain itu, indeks kekuatan relatif menunjukkan momentum penurunan harga. Kesimpulanya, selagi tahap 0.9640 kekal mengukuh sebagai rintangan utama, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan kembali berdagang ke tahap 0.9560 dan kemudian ke tahap 0.9545.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9560. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9545. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9640. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9660 dan sasaran kedua pada tahap 0.9685.
Tahap Rintangan: 0.9660, 0.9685, 0.9705
Tahap Sokongan: 0.9560, 0.9545, 0.9500