
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF ini diramalkan akan didagangkan pada tahap 1.4110 pada masa ini, mencari peluang untuk terus menolak ke tahap yang lebih rendah lagi. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini telah membentuk corak graflilin penurunan harga 'evening star' pada carta 4H hari ini, yang menunjukkan pergerakan penurunan harga berpotensi pada masa hadapan. Juga, kenaikkan singkat daripada tahap 1.4020 melalui tahap 1.4130 kelihatan seolah-olah akan menjadi penarikan semula harga, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini harus mempercepatkan pergerakkan lebih rendah dari sini. Melihat kepada struktur, pembetulan menaik pada gelombang 3 yang bermula daripada tahap 1.3500 semalam kelihatan seolah-olah telah selesai dan harga kini harus meneruskan pergerakkan menurun daripada tahap harga ini. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dengan risiko di tetapkan di atas tahap 1.4350. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4022, manakala rintangan pada tahap 1.4200, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di atas tahap 1.4350, dan sasaran di bawah tahap 1.3500.
Semoga berjaya!