Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2016.

parent
Analisis Forex:::2016-06-22T07:01:01

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2016.

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2016.

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 0.9630. Pasangan mata wang ini dilihat kekal berdagang di bawah tekanan di bawah rintangan mendatar paling hampir pada tahap 0.9630, yang sepatutnya bertindak menghadkan potensi peningkatan. Walaupun kesinambungan lantunan semula teknikal tidak berlaku, namun kesinambungan pergerakkan harga harus dihadkan. Kesimpulannya, selagi tahap 0.9630 mengukuh pada aliran menaik, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan kembali berdagang ke tahap rendah 20 Jun pada tahap 0.9570, dan kemudianya ke tahap 0.9545.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9570. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9545. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9630. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9660 dan sasaran kedua pada tahap 0.9685.

Tahap Rintangan: 0.9660, 0.9685, 0.9705

Tahap Sokongan: 0.9570, 0.9545, 0.9500

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...