Gambaran makro global untuk 22/06/2016:
Perhatian pelabur minyak akan tertumpu kepada laporan data inventori minyak mentah AS mingguan oleh Institut Petroleum Amerika pada jam 20:30 GMT. Peserta pasaran menjangkakan satu lagi cabutan dalam stok simpanan turun ke tahap -1500k berbanding -933k minggu lalu. Sebab untuk ini mungkin menjadi kebimbangan pelabur tentang kemungkinan bekalan minyak mentah global diperketatkan ekoran krisis ekonomi di Venezuela. Menurut data OPEC, keluaran minyak dari Venezuela, salah satu pengeluar dan pengeksport minyak mentah terbesar, yang terletak di atas rizab minyak terbesar di dunia, adalah 2.37 juta tong sehari pada bulan Mei, turun 5 peratus dari bulan April dan 11 peratus daripada purata tahun lepas. Kesimpulannya, krisis yang sedang berlaku di Venezuela dan ketidakupayaan OPEC untuk menetapkan perjanjian mengenai tahap output akan melemahkan harga lebihan stok simpanan dan berkemungkinan akan menaikkan harga minyak mentah lebih tinggi.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal minyak mentah pada carta 4H. Turutan tahap harga tinggi yang lebih tinggi yang menyokong aliran menaik kini telah ditembusi sebagaimana tahap rendah baru-baru ini pada tahap 45.81 adalah jelas tahap rendah yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kenaikan harga telah berjaya untuk menembusi di atas purata pergerakkan 100 dan 200 walaupun terdapat jurang menaik ke tahap rintangan teknikal seterusnya pada tahap 50.19, menunjukkan kekuatan kenaikkan harga. Buat masa ini hanya satu lagi tahap harga tinggi yang lebih tinggi di atas tahap 51.65 berkemungkinan akan membuktikan bahawa kenaikan harga masih mendominasi pasaran ini, jika tidak, ujian tahap harga rendah yang lebih rendah pada baru-baru ini akan berlaku tidak lama lagi.
