
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat telah menembusi rintangan dan beralih ke tahap sokongan kuat pada tahap 0.9694 minggu lalu. Tahap 0.9694 adalah berpadanan dengan nisbah emas (61.8% Fibonacci), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Berdasarkan kepada carta satu jam, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan 0.9694 dan 0.9742. Pada masa ini, harga sedang berdagang dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI yang menunjukkan bahawa kita masih dalam pasaran aliran kenaikan harga. Sebagaimana harga masih berada di atas purata pergerakkan (100). Kami menjangkakan pasaran kenaikan harga daripada tahap spot 0.9742 ke arah sasaran pertama yang terletak pada tahap 0.9802. Kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat ke arah 'double top' (0.9802) untuk menguji. Tambahan pula, sekiranya aliran harga ini berjaya menembusi tahap rintangan pertama 0.9802. Maka, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 0.9802. Oleh itu, sokongan yang kuat akan ditemui pada tahap 0.9742 dan memberikan isyarat yang jelas untuk mengambil tawaran membeli dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9802 dan 0.9854. Rintangan harga yang seterusnya terletak pada tahap 0.9908 dalam tempoh masa yang sama. Walau bagaimanapun, ia juga akan menjadi sesuatu yang menguntungkan untuk mempertimbangkan di mana kedudukan untuk meletakkan stop loss; ia harus ditetapkan di bawah sokongan kedua pada tahap 0.9694.