
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramal akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan harga kekal menaik. Berikutan pasaran saham global yang semakin meluas seiring dengan peningkatan dalam sentimen risiko, bon kerajaan di Amerika Syarikat dan Eropah mengalami 'selloff'. Saham Eropah juga positif, dengan Stoxx Europe 600 meningkat sebanyak 1.1%.
Pasangan mata wang ini kekal didagangkan dalam aliran menaik dan disokong oleh purata pergerakkan tempoh 20. Kenaikan pada purata pergerakan tempoh 50 juga telah mengekalkan kecenderungan kenaikan harga. Lantunan harga yang seterusnya adalah dijangka dengan tahap 140.10 dan 141.00 sebagai sasaran.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 140.10 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 141.00. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 134.85 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 133.70. Titik pangsi terletak pada tahap 136.10.
Tahap Rintangan: 140.10, 141.00, 142
Tahap Sokongan: 134.85, 133.70, 133.00