Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-07-18T10:25:19

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi di bawah sempadan harga yang lebih rendah daripada saluran penurunan harga, yang mengesahkan prospek negatif. Di samping itu, indeks kekuatan relatif adalah di bawah tahap neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selain itu, kedua-dua purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 kini sedang bergerak menuju ke arah bawah dan memainkan peranan sebagai rintangan. Kesimpulanya, selagi tahap harga 0.7155 mengukuh sebagai rintangan, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh ke tahap 0.7035 pada mulanya, dan mungkin juga jatuh ke tahap 0.6965.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7035. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6965. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7155. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7190 dan sasaran kedua pada tahap 0.7215.

Tahap Rintangan: 0.7190, 0.7215, 0.7250

Tahap Sokongan: 0.7035, 0.6965, 0.6915

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...