
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan harga bagi pasangan ini kekal berpihak kepada aliran menaik. Pasangan mata wang ini mengekalkan unjuran positif selepas ia menembusi garis aliran menurun sejak 13 Julai yang lalu. Asas sokongan pada tahap 1.9780 telah dibentuk dan harus menghadkan percubaan aliran menurun. Selain itu, indeks kekuatan relatif masih berada di atas tahap neutral 50 dan kelihatan tidak mempunyai momentum menurun. Kesimpulanya, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.9780, maka kita akan kekal positif dan menjangkakan lantunan semula harga ke tahap 0.9875 pada mulanya, dan mungkin juga ke tahap 0.99.
Selagi tahap harga 0.9780 ini bertindak sebagai sokongan, maka perhatikan pergerakan harga ke tahap yang seterusnya ke arah 0.9875 dan juga 0.99 dalam lanjutan.
Tahap Rintangan: 0.9875, 0.9900, 0.9945
Tahap Sokongan: 0.9760, 0.9735, 0.9700