Gambaran makro global bagi 20/07/2016:
Minit Mesyuarat Dasar Kewangan Rizab Bank Australia merujuk kepada kedua-dua pasaran buruh dan perumahan dengan beberapa ketidaktentuan.Selain itu,tahap inflasi yang dinyatakan dijangkakan untuk kekal melemah untuk beberapa ketika menyebabkan penentuan semula harga serta-merta pada kadar faedah jangka masa pendek Australia.Kemungkinan potongan kadar faedah pada bulan Ogos meningkat kepada 62% daripada 45%.Jika data IHP seterusnya untuk suku kedua akan dikeluarkan pada 27 Julai menjadi lebih rendah daripada jangkaan,RBA mungkin memotong kadar faedahnya pada mesyuarat seterusnya.
Mari kita lihat kepada gambaran teknikal AUD/USD didalam rangka masa harian.Selepas penembusan yang salah atas garisan emas,pasaran melakukan pembalikkan dan sekarang ianya sedang menguji sokongan pada tahap 0.7503.Sokongan dinamik yang disediakan oleh 100 DMA,tetapi jika penurunan terus mengukuh,harga mungkin akan ditolak rendah ke arah sokongan seterusnya pada tahap 0.2785.
