
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan meneruskan pergerakan menurun. Pasangan mata wang ini dipercepatkan ke arah bawah selepas penembusan harga pada tahap rendah 19 Julai disekitar tahap 0.7005 dan berkemungkinan akan menguji sokongan seterusnya pada tahap 0.6940. Penurunan pada purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 memainkan peranan sebagai rintangan, yang mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Indeks kekuatan relatif dilihat telah menembusi di bawah tahap 30.
Ekoran kejatuhan 0.3% jatuh ke tahap 0.7025, pasangan mata wang NZD/USD ini jatuh lebih 1% ke paras terendah dalam tempoh enam minggu pada tahap 0.6949 pagi ini selepas Gabenor Bank Rizab New Zealand, Graeme Wheeler meramalkan perlaksanaan pemotongan kadar faedah pada bulan hadapan. Beliau berkata dalam satu kenyataan, "Pada tahap ini, ia kelihatan seolah-olah pelonggaran dasar yang selanjutnya adalah diperlukan untuk memastikan bahawa purata inflasi masa hadapan berakhir menghampiri pertengahan julat sasaran. Kadar pertukaran yang tinggi menambah lagi tekanan kepada sektor tenusu dan pembuatan dan, bersama-sama dengan kadar inflasi global yang melemah, telah menyebabkan inflasi ke atas barangan yang boleh dijual beli.
Kesimpulanya, selagi tahap harga 0.7040 kekal mengukuh pada aliran menaik, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan jatuh ke tahap 0.6940 pada mulanya dan mungkin juga ke tahap 0.6920 pada selanjutnya.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6940. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6920. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7040. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7065 dan sasaran kedua pada tahap 0.7085.
Tahap Rintangan: 0.7065, 0.7085, 0.7125
Tahap Sokongan: 0.6940, 0.6920, 0.6875