Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 22 Julai, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-07-22T06:58:49

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 22 Julai, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 22 Julai, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini dilihat sedang berdagang dalam aliran menurun. Pasangan mata wang kini sedang menolak ke arah bawah dan kekal berada di bawah tekanan di bawah purata pergerakkan tempoh 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik. Seperti yang dijangka, Bank Pusat Eropah telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil. Presiden ECB, Mario Draghi memberitahu bahawa bank pusat bersedia untuk bertindak jika perlu, tetapi ia memerlukan lebih banyak data sebelum mempertimbangkan tindakan yang selanjutnya. Euro didagangkan sedikit berubah dan ditutup 0.1% lebih tinggi pada tahap 1.1023. Selagi 140.80 kekal mengukuh sebagai tahap rintangan utama, maka penurunan harga ke arah tahap 138.30 adalah berpotensi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 139. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 139.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 140.80. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 141.30 dan sasaran kedua pada tahap 142.45.

Tahap Rintangan: 141.30, 142.45, 143.25

Tahap Sokongan: 130.00, 139.30, 138.30

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...