Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF terus didagangkan dalam aliran mendatar dalam struktur segitiga dengan menetapkan rintangan lebih rendah dan sokongan yang berterusan. Rantau sokongan kelihatan seolah-olah berada pada tahap 1.2875/80, manakala rintangan telah direndahkan daripada tahap 1.3200. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan pada tahap 1.3020 buat masa ini dan perlu mencari peluang untuk menembusi lebih tinggi di atas garis rintangan seperti yang digambarkan pada carta di sini. Struktur gelombang masih menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini diramalkan akan menolak lebih tinggi melalui tahap 1.3250, dimana rintangan utama pada jangkamasa yang lebih tinggi (4H, tidak dilihat di sini). Sila juga ambil perhatian bahawa gelombang 4 seolah-olah telah ditamatkan sekitar tahap 1.2866 semalam, dan pasangan mata wang ini telah melantun semula dengan ketara lebih tinggi. Kenaikan harga perlu terus bersedia untuk kekal mendominasi pasaran sehingga harga berdagang di atas tahap 1.2855 pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dengan risiko ditetapkan di bawah tahap 1.2850. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.3200, manakala sokongan pada tahap 1.2875.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.2850 dan sasaran pada tahap 1.3250.
Semoga berjaya!