Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 28/07/2016

parent
Analisis Forex:::2016-07-28T09:19:19

Gambaran makro global untuk 28/07/2016

Gambaran makro global untuk 28/07/2016:

Indeks Pesanan Barangan Tahan Lama yang positif adalah merupakan indikator agak penting bagi keluaran ekonomi Amerika Syarikat dan penyumbang utama kepada KDNK AS. Data semasa daripada sektor ekonomi ini tidak sepadan dengan jangkaan pelabur global: angka itu dijangka berada pada tahap 0.3%, sedikit lebih tinggi daripada -0.4% pada bulan lepas, walau bagaimana ia hanya mencatatkan -0.5%. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk dinyatakan, bahawa laporan pesanan barangan tahan lama kekas berbeza dengan data semasa lain yang menunjukkan bahawa sektor pembuatan AS stabil pada bulan Jun. Kesimpulannya, ahli-ahli ekonomi AS mungkin menurunkan ramalan pertumbuhan suku kedua mereka berikutan penurunan pada inventori barangan tahan lama untuk bulan keenam berturut-turut.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD berdasarkan kepada carta 4H. Garis aliran emas telah ditembusi selepas pengumuman berita itu semalam dan aliran menaik kini akan menolak harga bergerak lebih tinggi ke arah rintangan seterusnya yang masing-masing terletak pada tahap 1.1108 dan 1.1169. Walau bagaimanapun, pasaran masih berdagang di dalam zon kesesakan 'post-Brexit' dan tiada kelebihan langsung bagi kedua-dua arah aliran harga sekarang. Aliran mendatar akan berterusan sehingga salah satu arah aliran harga berjaya menembusi pada salah satu tahap harga penting.Gambaran makro global untuk 28/07/2016

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...