
Pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang didagangkan di bawah tekanan. Pergerakkan harga bagi pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh penurunan purata pergerakkan tempoh 50, dan kekal di bawah. Sementara itu, indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik. Saham Eropah pada amnya negatif dengan STOXX Eropah 600 berkurangan 0.2%. Kedua-dua DAX Jerman dan CAC Perancis susut 0.4%, manakala FTSE U.K. mencatatkan kenaikkan 0.2%. Selagi harga tidak menembusi di atas tahap 132.05, risiko penembusan harga di bawah tahap 130.00 kekal tinggi.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 130.00. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 128.80. Titik pangsi kekal berada pada tahap 132.05. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 132.70 dan sasaran kedua pada tahap 133.20.
Tahap Rintangan: 132.70, 133.20 , 134.60
Tahap Sokongan: 130.00, 128.80, 128.00