Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Ogos, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-08-15T06:46:55

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Ogos, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Ogos, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah sebagaimana pergerakan harga bagi pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh garis aliran negatif. Pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh garis aliran negatif, dan dijangka akan mencari bahagian bawah yang lebih rendah. Penurunan pada purata pergerakkan tempoh 50 juga memainkan peranan sebagai rintangan, dan indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik. Dari sudut pandangan ekonomi, Jabatan Perdagangan AS melaporkan bahawa jualan runcit bagi bulan Julai telah mengalami sedikit perubahan berbanding Jun (berbanding ramalan + 0.4%). Tidak termasuk kereta, jualan merosot 0.3% (berbanding + 0.1% pada ramalan). Satu lagi laporan menunjukkan bahawa indeks pengeluar-harga (IHPR) AS telah menurun sebanyak 0.4% pada Julai (berbanding ramalan yang mengunjurkan + 0.1%), penurunan terbesar di dalam tempoh hampir setahun. Selagi harga tidak menembusi di atas tahap 0.7210, risiko penembusan harga di bawah tahap 0.7145 kekal tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7145. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7105. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7210. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7225 dan sasaran kedua pada tahap 0.7310.

Tahap Rintangan: 0.7255, 0.7310, 0.7380

Tahap Sokongan: 0.7145, 0.7105, 0.7075

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...