Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 15/08/2016

parent
Analisis Forex:::2016-08-16T01:44:27

Gambaran makro global untuk 15/08/2016

Gambaran makro global untuk 15/08/2016:

Data yang mengecewakan daripada ekonomi terbesar di dunia telah dikeluarkan Jumaat lalu. Menurut Jabatan Perdagangan, data jualan runcit A.S bagi bulan Julai mencatatkan bacaan di bawah jangkaan pasaran pada pelarasan bermusim 0.0% bulan yang dilaporkan, berbanding peningkatan bulan sebelumnya sebanyak 0.8%. Selain itu, teras jualan runcit (tidak termasuk kereta) menurun pada pelarasan bermusim 0.3% berbanding dengan anggaran semakan semula bulan sebelumnya sebanyak 0.9%. Kajian Sentimen Pengguna Universiti Michigan ternyata merekodkan bacaan sedikit lebih baik berbanding ramalan sebagaimana mood pembeli AS meningkat daripada 90.0 kepada 90.4 mata pada bulan yang dilaporkan. Kesimpulannya, bacaan data seperti ini, menunjukkan bahawa terdapat pertumbuhan yang tidak sekata di Amerika Syarikat yang menyebabkan segelintir peserta pasaran merasa ragu-ragu sama ada ekonomi cukup kuat untuk menanggung kenaikan kadar faedah. Mesyuarat FED penting dijadualkan akan berlangsung pada September.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD berdasarkan kepada carta 4H. Selepas penembusan harga palsu di atas garis arah aliran emas, pasaran telah menurun ke arah tahap 1.1128 dan kini ia diniagakan dalam julat harian. Rintangan seterusnya dilihat terletak pada tahap 1.1219 dan 1.1232.

Gambaran makro global untuk 15/08/2016

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...