
Ringkasan Gelombang:
Garis rintangan berhampiran tahap 1.5540 akhirnya telah berjaya ditembusi, mengesahkan pembetulan tahap rendah pada tahap 1.5187 dan kenaikkan impulsif seterusnya yang lebih tinggi ke tahap 1.5840 dan lebih tinggi kini sedang membangun. Untuk dagangan jangka masa panjang, kami kini sedang mencari tahap harga yang lebih tinggi berhampiran dengan tahap 1.6931 dan lebih tinggi.
Sokongan yang terletak pada tahap 1.5366 kini akan melindungi aliran penurunan harga atau satu lagi penurunan hanya di bawah tahap 1.5187 perlu dijangka.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.5410 dan akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 1.5360. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.5466 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5577 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.5360.