Minggu lalu, Indeks Dollar menembusi di atas rintangan garis arah aliran dan julat dagangan jangka pendek. tahap rintangan jangka pendek pada 95.70 telah ditembusi dan memberi isyarat menaik jangka pendek. Walau bagaimanapun harga kekal di bawah rintangan kritikal 96.50-97.10.

garisan biru - sokongan jangka panjang garisan hijau- sokongan jangka pendek
garisan hitam - rintangan jangka pendek (ditembusi)
Indeks Dollar kekal di atas garis arah aliran sokongan jangka panjang sekitar tahap 94.60-94.80 dan menghasilkan pembalikan kenaikan harga yang berlaku di atas rintangan garis arah aliran hitam. Kekal di atas sokongan garisan arah aliran hijau adalah penting bagi arah aliran jangka pendek kenaikan harga. Sokongan pada 95.30. Rintangan pada 96.10 untuk jangka masa pendek dan 96.60-97.10 untuk jangka masa panjang.

Graf lilin mingguan kekal di bawah cloud mingguan di mana rintangan didapati di 96.60-97.10. Kebanyakan bank-bank pusat akan bermesyuarat pada minggu ini, ia adalah sangat penting untuk fokus terhadap tahap harga penting bagi jangka panjang seperti di atas 97.10 di bawah 94.70 kerana terdapat peningkatan dalam turun naik dan pedagang boleh diperdaya. Untuk melakukan perdagangan pada minggu ini perlu bersabar dan berhati-hati. Penolakan di kawasan 96.60-97.10 akan menjadi isyarat pembalikan yang akan meningkatkan peluang untuk menembusi sokongan di 94.70 dan menolak indeks ke tahap yang lebih rendah ke arah 92.