Indek Sentimen Ekonomi ZEW bagi kedua-dua Kawasan Jerman dan Euro adalah lebih baik berbanding ramalan semalam. Iaitu pada 48.2 berbanding ramalan 35.3 bagi Jerman dan bagi zon euro pula adalah pada 42.4 berbanding ramalan 35.3. Selepas pergerakkan mendadak tidak mengubah keadaan pasaran dengan ketara, sama ada pelabur mempunyai data kukuh mengenai indeks Sentimen Ekonomi, atau pun tidak terdapat sebarang isyarat keyakinan. Ketidakpastian telah berlaku di kalangan pelabur berikutan oleh khabar angin mengenai pertikaian dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengenai tarikh akhir program QE3. Meskipun ia berkata bahawa program itu tidak akan berhenti berjalan sehingga bulan Disember 2013. Minit mesyuarat FOMC akan diumumkan pada jam 23:00 GMT 4.
Data pagi ini adalah mengenai imbangan dagangan Merchandise di Jepun bagi bulan Januari yang mana ia telah pun diumumkan. Eksport meningkat sebanyak 6.4% (pertumbuhan pertama selama 8 bulan), manakala cukai telah meningkat sebanyak 7.3% pada tahunan, defisit meningkat kepada $ 17.4 bln (1,629.4 bln JPY) disebabkan oleh kemerosotan dalam pengeluaran perindustrian ketika stesen kuasa nuklear dihentikan. Walau bagaimanapun, keyakinan spekulatif pada pasaran adalah berkemungkinan tidak disokong.
Pada jam 17:30 GMT +4 Core IHPR AS bagi bulan Januari akan dikeluarkan. Ia diramalkan akan meningkat kepada 0.2% berbanding 0.1% pada bulan Disember. Permit Bangunan bagi bulan Januari pula diramalkan akan meningkat dari 910K kepada 920K pada tahunan. Pembinaan perumahan pula dijangkakan akan susut dari 950K kepada 930K.
Dari sudut pandangan teknikal terdapat ketidakpastian dalam julat 1.3390 hingga 1.3435. Walau bagaimanapun, tanda-tanda awal bahawa arah aliran akan berubah ke tahap sasaran pada 1.3540; 'Marlin oscillator' berada di dalam zon positif pada carta 4H, harga kelihatan berada lebih tinggi pada garisan petunjuk carta harian dan H41. Sekiramya harga melepasi rintangan pada tahap 1.3435, maka ia berpotensi untuk mencecah tahap 1.3493, dan seterusnya pada tahap 1.3519. Jika kadar membalikkan arah aliran di bawah tahap 1.3390, maka sasaran akan diletakkan pada tahap terbuka 1.3347 bagi meembolehkan pasangan mata wang tersebut mencapai tahap 1.3305,iaitu tahap rendah 15 Februari.

