
GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan tersebut melakukan penembusan harga di atas 20- moving average tetapi masih menghadkan penurunan harga pada 50 moving average. Selain itu, 137.60 memainkan peranan sebagai rintangan utama yang harus menghadkan potensi kenaikan harga. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah tahap neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selagi tahap 137.60 rintangan, menjangkakan pembalikan harga ke tahap 136.10. Penembsuan harga di bawah tahap ini akan meneruskan penurunan harga ke arah 135.45.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah pivot point. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah pivot point tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 136.10. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 135.45. Pivot point kekal berada pada tahap 137.60. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas pivot point, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 138.50 dan sasaran kedua pada tahap 139.
Tahap rintangan: 138.50, 139.00, 139.85
Tahap sokongan: 136.10, 135.45, 134.60