
Gambaran:
- Pasangan EUR/USD terus melakukan pergerakan ke bawah dari tahap 1.0741,dimana ia mewakili double top pada carta H1. Pada Minggu lalu, pasangan mata wang tersebut menurun dari tahap 1.0741 ke tahap bawah di sekitar 1.0568 untuk ditutup pada tahap 1.0630. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat pada 1.0652 diikuti oleh 1.0741, manakala sokongan harian yang dilihat pada tahap 1.0564 dan 1.0493. Menurut kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan EUR/USD masih bergerak di antara tahap 1.0741 dan 1.0500. Oleh itu, kami menjangkakan julat 241 pips dalam beberapa hari lagi. Rintangan pertama berada ditahap 1.0654, untuk itu jika pasangan EUR/USD gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.0654, pasaran akan menurun ke tahap 1.0564. Ini akan menunjukkan penurunan harga pasaran kerana penunjuk RSI masih dalam kawasan penurunan harga dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda arah aliran pembalikan. Pasangan mata wang tersebut dijangka menurun lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah 1.0500 untuk menguji sokongan kedua (1.0493). Sebaliknya, jika berlaku penembusan harga pada tahap rintangan 1.0741 (double top), maka senario ini boleh menjadi tidak sah.