
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan meneruskan pergerakan menurun. Dagangan bagi pasangan mata wang ini dilihat agak kurang memberansangkan dan pergerakkan harga masih dihadkan oleh penurunan Moving Average tempoh-20 dan 50. Indeks kekuatan relatif adalah melemah di bawah tahap neutral 50. Oleh yang demikian, selagi tahap harga 147.00 ini gagal untuk ditembusi, maka kami cenderung untuk melihat pergerakkan penurunan harga yang lebih rendah dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 145.90 dan 145.50.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 145.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 145.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 147.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 147.55 dan sasaran kedua pada tahap 148.15.
Tahap Rintangan: 147.55, 148.15, 149.00
Tahap Sokongan: 145.90, 145.50, 144.65