
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 117.75. Pasangan mata wang ini dilihat telah melantun dari satu lagi ujian sokongan pada tahap 117.50 dan harga telah menembusi di atas 'Moving Average'-20. Indeks kekuatan relatif dilihat terletak di sekitar paras neutral pada tahap 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga. Asas sokongan yang terletak pada tahap 117.75 telah terbentuk dan harus menghadkan potensi penurunan harga. Selagi 117.75 kekal melindungi aliran menurun, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan pergerakkan menaik harga yang selanjutnya ke arah tahap 118.35. Penembusan harga di atas tahap 118.35 akan mendorong kepada kesinambungan kenaikkan harga ke arah tahap 118.60.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 118.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 117.50 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 117.25. Titik pangsi terletak pada tahap 117.75.
Tahap Rintangan: 118.35, 118.60, 119
Tahap Sokongan: 117.50, 117.25, 116.90