
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah pada tahap rintangan utama yang kekal berada di tahap 141.560. Pasangan mata wang ini melantun dan melakukan penembusan harga di atas 20 dan 50 moving average. Indeks kekuatan relatif adalah di atas tahap neutral pada 50. Walau bagaimanapun,tahap 141.50 memainkan peranan sebagai tahap rintangan utama yang harus menghadkan potensi kenaikan harga. Selagi tahap utama ini tidak ditembusi, kita mengekalkan gambaran penurunan harga dengan sasaran ke bawah pada tahap 140.60 dan seterusnya 140.15 .
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 140.60. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 140.15. Titik pangsi kekal berada pada tahap 141.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 142.00 dan sasaran kedua pada tahap 142.40.
Tahap rintangan: 142.00, 142.40, 143.00
Tahap sokongan: 140.60, 140.15, 139.10