
Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah pada tahap rintangan utama di tahap 115.65. Pasangan mata wang tersebut melakukan pergerakan penurunan harga dengan pantas malam tadi selepas penembusan harga di bawah pergerakan arah aliran urusniaga harian yang semakin menaik . Walaupun pemulihan teknikal tidak boleh diketepikan pada tahap semasa, pergerakan adalah terhad. Selain itu,penurunan moving average 20 bertindak sebagai tahap rintangan yang kuat.
Oleh itu, selagi tahap 115.65 tidak ditembusi dengan jelas, mencari kembali tahap 114.20 dan seterusnya 114.00 .
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 114.00. Titik pangsi kekal berada pada tahap 115.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 116.00 dan sasaran kedua pada tahap 116.35.
Tahap rintangan: 116.00, 116.35, 116.75
Tahap sokongan: 114.20, 114.00, 113.70