Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Januari, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-01-18T01:53:01

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Januari, 2017

 Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Januari, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan menaik secara keseluruhan. Pasangan mata wang tersebut telah disokong oleh garis arah aliran urusniaga harian yang semakin meningkat, serta moving average 20 dan 50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif masih kekal di atas 50 dan tidak mempunyai momentum ke bawah. Walaupun kesinambungan daripada pengukuhan harga tidak boleh di tepikan, pergerakan adalah terhad. Selagi tahap 0.7140 tidak ditembusi ke bawah, lantunan harga seterusnya dijangka ke arah 0.7190 sebagai sasaran seterusnya.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7190 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7216. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.7110 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7090. Titik pangsi terletak pada tahap 0.7140.

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7215, 0.7245

Tahap sokongan: 0.7110, 0.7090, 0.7060

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...