Pasangan mata wang USD/CAD mencabar had atas saluran yang digambarkan sekitar 1.3360-1.3400 dimana ia talah memberi tekanan penurunan harga bagi pasangan mata wang ini.
Tidak lama selepas itu, graf lilin mingguan telah berada di sekitar penurunan harga yang dinyatakan pada hujung minggu dimana ia menunjukkan rintangan yang kuat di sekitar tahap 1.3550.
kegigihan penurunan harga di bawah tahap harga 1.3300 (50% Tahap Fibonacci) telah dicapai.
Ini membolehkan pergerakan menurun meneruskan pergerakan ke arah 1.3200 dan 1.3080 (had yang lebih rendah pada saluran yang digambarkan) di mana penolakan kenaikan harga telah dinyatakan seperti yang dijangkakan.
Pergerakan menaik di atas tahap 1.3360 (tahap Fibonacci 50%) dijangka akan meneruskan pergerakan ke arah 1.3700-1.3750 (had atas saluran yang digambarkan). Walau bagaimanapun, penolakan penurunan harga yang ketara telah dinyatakan di sekitar 1.3580 (tahap atas yang ditetapkan baru-baru ini).
Tahap harga 1.3300 (50% Tahap Fibonacci) gagal memberikan sokongan yang cukup untuk penarikan semula penurunan harga baru-baru ini.
Ini menyebabkan, penarikan semula harga baru-baru ini menurun ke arah 1.2970 (61.8% tahap Fibonacci) yang menawarkan kemasukan BELI yang sah seperti yang diramalkan pada artikel sebelum ini.
Minggu ini, pergerakan menaik di atas tahap 1.3300 (50% Tahap Fibonacci) diperlukan bagi pergerakan menaik ke arah 1.3440 dan 1.3550. Jika tidak, pasangan mata wang USD/CAD masih terperangkap dalam julat pengukuhan harga semasa (1.2970-1.3300).
Sebaliknya, penutupan Harga HARIAN di bawah tahap 1.2970 (61.8% tahap Fibonacci) akan mengesahkan corak double top dengan sasaran penurunan harga pada 1.2860, 1.2730 dan 1.2600.