
Pasangan mata wang GBP/JPY diramal akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah pada tahap rintangan utama yang ditetapkan pada 139.25. Pasangan mata wang tersebut berada di bawah tekanan di bawah tahap rintangan utama pada 139.25, yang sepatutnya menghadkan potensi kenaikan harga. penurunan moving average 50 menunjukkan harga masih mempunyai potensi untuk penurunan harga seterusnya. Indeks kekuatan relatif beralih kepada penurunan harga.
Selagi tahap 139.25 kekal menaik,pergerakan penurunan harga seterusnya ke arah 138.15 dan 137.80 lebih kemungkinan akan berlaku.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 138.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 137.80. Titik pangsi kekal berada pada tahap 139.25. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 139.65 dan sasaran kedua pada tahap 140.00.
Tahap Rintangan: 139.65, 140.00, dan 140.80
Tahap Rintangan: 138.15,137.80, dan 137.00