Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 Mac, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-03-13T07:23:37

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 Mac, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 13 Mac, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah kerana tahap rintangan utama pada 115.15. Pasangan mata wang tersebut sedang didagangkan di bawah penurunan moving average 20, yang memainkan peranan sebagai tahap rintangan dan mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah paras neutral pada 50. Walaupun kesinambungan lantunan teknikal tidak boleh diketepikan,pergerakan harga adalah terhad.

Oleh itu, selagi tahap 115.15 tidak ditembusi, mencari penurunan harga seterusnya pada tahap 114.25 dan seterusnya pada tahap 113.80.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.25. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 113.80. Titik pangsi kekal berada pada tahap 115.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 115.50 dan sasaran kedua pada tahap 116.00.

Tahap Rintangan: 115.50, 116.00, dan 116.45

Tahap Sokongan: 114.25, 113.80, dan 113.35

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...