
Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini didagangkan di bawah moing average 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif adalah di atas paras neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum ke bawah. Walau bagaimanapun,tahap 113.70 memainkan peranan sebagai tahap rintangan utama yang harus menghadkan potensi kenaikan harga.
Selagi tahap rintangan pada 113.70 tidak ditembusi, risiko harga menembusi di bawah tahap 113.15 kekal berada di tahap tinggi. Penembusan harga di bawah tahap ini akan meneruskan pergerakan penurunan seterusnya ke arah 112.90.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 112.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 112.00. Titik pangsi kekal berada pada tahap 114.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 114.45 dan sasaran kedua pada tahap 114.85.
Tahap Rintangan: 114.00, 114.45, dan 114.85
Tahap Sokongan: 113.15, 112.90, dan 112.55