
Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan diniagakan dengan tinjauan penurunan harga. Pasangan mata wang ini dihadkan oleh garis arah aliran menurun sejak 30 Mac, dimana ia mengesahkan gambaran penurunan harga. Momentum ke bawah diperkukuhkan lagi oleh penurunan moving average 50. Indeks kekuatan relatif juga dihadkan oleh garis arah aliran menurun sejak 30 Mac. Di samping itu, potensi kenaikan harga perlu dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 0.7020.
Oleh itu, selagi tahap utama ini tidak ditembusi,jangkaan penurunan harga seterusnya ke tahap 0.6975 dan seterusnya tahap 0.6960.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6975. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6960. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7020. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 0.7035 dan sasaran kedua pada tahap 0.7055.
Tahap Rintangan: 0.7035, 0.7055, dan 0.7070
Tahap Sokongan: 0.6975, 0.6960, dan 0.6925