
Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah pada tahap rintangan utama berada pada tahap 0.6965. Meskipun berlaku lantunan harga baru-baru ini dari tahap 0.6925 (tahap rendah dari 11 April), pasangan mata wang ini masih didagangkan di bawah tahap rintangan utama di tahap 0.6955, yang sepatutnya menghadkan potensi kenaikan harga. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik.
Sebagai kesimpulan, selagi tahap 0.6965 kekal melakukan pergerakan menaik, kembali ke tahap 0.6900 dan juga ke tahap 0.6885 lebih berkemungkinan akan berlaku.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6900. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6885. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6965. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 0.6980 dan sasaran kedua pada tahap 0.7005.
Tahap Rintangan: 0.6980, 0.7005, dan 0.7020
Tahap Sokongan: 0.6900, 0.6885, dan 0.6850