
Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut kekal dalam pengukuhan harga dan mungkin membentuk corak "penurunan flag" (belum disahkan). Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik. Selain itu,moving average 20 dan 50 bercampur-campur untuk pergerakan menurun.
Sebagai kesimpulan, selagi tahap 137.15 kekal menaik, mencari penarikan semula harga baru untuk menguji tahap 136.15 pada mulanya. Penembusan harga di bawah tahap 136.15 akan meneruskan pergerakan penurunan harga ke arah 135.70.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 136.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 136.70. Titik pangsi kekal berada pada tahap 137.15. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 137.75 dan sasaran kedua pada tahap 138.15.
Tahap Rintangan: 137.75, 138.15, dan 138.45
Tahap Sokongan: 136.15,135.70, dan 135.00