
Pasangan mata wang USD/JPY dijangka mencatatkan beberapa keuntungan seterusnya ke arah atas. Pasangan mata wang ini menunjukkan potensi kenaikan harga selepas menembusi garis arah aliran menurun bagi jangka pendek, dimana ia wujud pada 14 April. Indeks kekuatan relatif disokong oleh garis arah aliran yang semakin meningkat dan melebihi paras neutral di 50. Peningkatan moving average 20 dan 50 memainkan peranan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan menaik.
Selagi tahap 108.50 meneruskan pergerakan ke arah, mencari kenaikan harga ke arah 109.50 dan juga 109.85.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, di dagang dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 109.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 109.85. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 108.20 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 108.00. Titik pangsi terletak pada tahap 108.50.
Tahap RIntangan : 109.50, 109.85, dan 110.15
Tahap Sokongan: 108.20, 108.00, dan 107.35