
Pasangan mata wang GBP/JPY dijangka meneruskan pergerakan menaik. Pasangan mata wang ini sedang didagangkan diatas kenaikan moving average 20 dan 50, yang memainkan peranan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan menaik. Indeks kekuatan relatif adalah menaik dan meneruskan pergerakan kenaikan harga selanjutnya.
Oleh itu, selagi tahap 142.20 tidak ditembusi,kenaikan harga baru ke arah 143.50 dan 144 lebih berkemungkinan berlaku.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, di dagang dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 143.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 144.00. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 141.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 140.65. Titik pangsi terletak pada tahap 142.20.
Tahap Rintangan: 143.50, 144.00, dan 144.55
Tahap Sokongan: 141.60,140.65, dan 140.00