
Pasangan mata wang USD/JPY dijangka akan meneruskan lantunan harga. Pasangan mata wang ini sedang melakukan lantunan harga yang bermula di sekitar 112.10 pada hari Jumaat lepas. Pada masa ini, ia kekal dengan pergerakan kenaikan harga disamping itu ia disokong oleh moving average 50. Indeks kekuatan relatif terus kekal di atas paras neutral 50 tidak menunjukkan momentum ke bawah.
Tahap 112.45 kekal sebagai sokongan utama. Di sebaliknya, pasangan mata wang ini harus mensasarkan 113.05,dimana tahap tinggi telah dilihat pada hari Khamis lepas, dan seterusnya ke arah 113.40.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, di dagang dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 113.05 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 113.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 112.10 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 111.90. Titik pangsi terletak pada tahap 112.45.
Tahap Rintangan: 113.05, 113.40, dan 113.85
Tahap Sokongan: 112.10, 111.90, dan 111.70