Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang NZD/USD untuk 05 Jun, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-06-06T01:05:02

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang NZD/USD untuk 05 Jun, 2017

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang NZD/USD untuk 05 Jun, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini telah mencatatkan turutan paras harga tinggi yang lebih tinggi dan paras harga rendah yang lebih tinggi sejak 1 Jun lalu dan ia kini dilihat sedang mengukuh ke arah yang lebih tinggi. Kenaikan pada MA 50 memainkan peranan sebagai sokongan dan mengekalkan kecenderungan menaik. Indeks kekuatan relatif adalah di atas paras neutral 50 dan tidak mempunyai momentum menurun. Selain itu, 0.7100 berperanan sebagai tahap sokongan utama, yang sepatutnya menghadkan potensi penurunan harga.

Selagi 0.7100 mengukuh pada aliran menurun, perhatikan kenaikkan harga yang seterusnya ke arah tahap 0.7150 dan 0.7170 dalam lanjutan.

Penjelasan Graf: Garis hitam menunjukkan titik pangsi; harga kini diniagakan di atas titik pangsi dan ia menunjukkan aliran kenaikkan harga dan di bawah titik pangsi menunjukkan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan manakala garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk membuka dan menutup dagangan.

Pada masa ini, pasangan mata wang ini sedang diniagakan diatas titik pangsi. Harga berkemungkinan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi selagi ia kekal berada di atas titik pangsi. Adalah disyorkan untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7150 dan sasaran kedua pada tahap 0.7170. Untuk senario alternatif, pesanan menjual dicadangkan dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7080 sekiranya harga bergerak dibawah titik pangsi. Penembusan harga pada sasaran ini diramalkan akan menolak harga untuk diniagakan lebih rendah, dan sasaran berkemungkinan terletak pada tahap 0.7055. Titik pangsi terletak pada tahap 0.7100.

Strategi : Ambil pesanan MEMBELI semasa urusniaga harga rendah, Stop Loss: 0.7100, Take Profit: 0.7170

Tahap Rintangan: 0.7150, 0.7170, dan 0.7200

Tahap Sokongan: 0.7080,0.7055, dan 0.7005

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...