EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah mengukuh pada 5 Jun yang lalu. Diramalkan bahawa tidak lama lagi akan berlaku peningkatan dalam volatiliti, dan garis rintangan pada tahap 1.1300 berpotensi untuk ditembusi ke arah yang lebih tinggi sebagaimana harga melanjutkan pergerakkan menaik. Walau bagaimanapun, terdapat kebarangkalian untuk pasangan mata wang ini mengalami pembalikan menurun pada minggu ini atau akan datang, berikutan prospek penurunan harga yang dilihat pada pasangan EUR, yang mungkin akan menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa hari dagangan berikutnya.

USD/CHF: Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas pada carta USDCHF, menyatakan isyarat kemungkinan kesinambungan pergerakan penurunan harga. Pasaran akan terus diniagakan lebih rendah sehingga terdapat pembalikan penurunan harga pada pasangan EUR/USD - faktor yang boleh menyebabkan pasangan USD/CHF melonjak ke tahap lebih tinggi.

GBP/USD: Terdapat isyarat jangka pendek pada pasangan mata wang ini, sebagaimana harga berjaya untuk menembusi di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.2900. Sasaran seterusnya adalah wilayah pengedaran pada tahap 1.2950, 1.3000 dan 1.3050. Kecencerungan jangka panjang masih memihak kepada aliran menaik, dan kecenderungan ini akan berterusan selagi harga diniagakan turun kira-kira 500 pips.

USD/JPY: Pada Isnin, pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan mendatar dalam konteks aliran menurun. Pergerakan mendatar adalah diramalkan, walaupun penembusan harga berlaku, pasangan mata wang ini dilihat cenderung untuk diniaagakan dalam aliran menurun. Pada minggu ini, tahap permintaan pada 110.00, 109.50 dan 109.00 berkemungkinan akan diuji.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan neutral dalam jangka pendek. Harga membuat percubaan lemah untuk pergi ke tahap harga lebih rendah - semalam. Pergerakkan menurun boleh membantu harga mencapai zon permintaan yang terletak pada tahap 124.00, 123.50 dan 123.00; peristiwa yang boleh mendorong kepada Corak Pengesahan penurunan harga dalam carta. Tinjauan pada pasangan JPY adalah penurunan harga bagi bulan Jun 2017.
