GPasangan mata wang GBP/USD ini jatuh dengan ketara dalam sesi dagangan Khamis dan Jumaat, sebagaimana pasangan mata wang ini diramal akan menembusi di bawah paras 1.2719 untuk menguji semula paras rendah pasca pilihan raya di sekitar paras 1.2660. Perdana Menteri UK, Theresa May gagal untuk mendapatkan majoriti, oleh yang demikian parti Konservatif berjuang untuk mendapatkan undi yang cukup untuk menubuhkan Parlimen. Itulah sebabnya ketidaktentuan mengenai rundingan Brexit perlu kekal memberikan tekanan terhadap mata wang pound.

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.2826 / 1.2882
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2719 / 1.2660
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.2719, take profit pada tahap 1.2660 dan stop loss pada tahap 1.2778.