EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah melonjak naik kira-kira 250 pips pada minggu ini, membentuk Corak Pengesahan Kenaikkan Harga yang sangat kuat di pasaran. Harga kini diniagakan di atas garis sokongan pada tahap 1.1400 dan harga tidak lama lagi akan mencapai garis rintangan pada tahap 1.1450 (harga juga berkemungkinan akan menembusi di atas garis rintangan), berikutan tekanan belian yang berterusan di dalam pasaran.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah jatuh kira-kira 160 pips pada minggu ini, membentuk Corak Pengesahan Penurunan Harga yang sangat kuat di pasaran. Harga kini diniagakan di bawah tahap rintangan 0.9600 dan harga diramalkan akan menembusi sokongan yang terletak pada tahap 0.9550 (harga juga berkemungkinan akan menembusi di atas tahap sokongan), berikutan tekanan jualan yang berterusan di dalam pasaran.

GBP/USD: Harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini juga telah ditarik lebih tinggi oleh tekanan belian yang terdapat pada pasangan mata wang EUR/USD (kerana kedua-duanya berkorelasi positif). EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Ini bermakna pergerakan kenaikan harga yang selanjutnya adalah berpotensi. Sasaran minggu ini - terletak di wilayah pengumpulan 1.3000 - telah ditembusi. Terdapat sasaran segera di wilayah pengedaran pada tahap 1.3050.

USD/JPY: Tidak seperti pasangan JPY tertentu, harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah melonjak lebih tinggi dengan ketara. Pasangan mata wang ini diniagakan dalam kecenderungan menaik, dan juga berada dalam ancaman. EMA 11 berada di atas EMA 56, sementara tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Ini menunjukkan isyarat dagangan yang bercampur-campur dalam pasaran dan adalah lebih baik untuk anda menjauhkan diri daripada memasuki pasaran ini sehingga terdapat pergerakan harga yang jelas, sama seperti pasangan mata wang EUR/JPY.

EUR/JPY: Seperti yang telah diramalkan, pasangan mata wang EUR/JPY telah diniagakan dalam aliran menurun yang ketara, hampir 420 pips pada minggu ini, sebelum harga ditarik semula di bawah zon bekalan pada tahap 128.00. Penarikan semula penurunan harga mungkin memberi peluang lain untuk harga diniagakan pada tahap yang lebih baik, kerana harga mungkin naik lebih tinggi untuk menguji zon bekalan yang terletak pada tahap 128.50.
