
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD masih diniagakan di sekitar kawasan 0.7250 dan 0.7343. Oleh itu, perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.7205 yang mewakili titik pangsi. Pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan tanda-tanda tekanan berikutan penembusan harga ke tahap tinggi 0.7205. Harga diniagakan dalam saluran kenaikan harga pada minggu ini. Ini disahkan oleh isyarat Indikator RSI bahawa pasangan mata wang NZD/USD masih dalam pasaran menaik. Pasangan mata wang NZD/USD melanjutkan pergerakkan menaik daripada tahap harga 0.7205.
Selagi harga diniagakan di atas tahap harga 0.7205, pasaran masih dalam arah aliran menaik. Aliran harga masih kukuh di atas MA. Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara sejak dua hari yang lalu. Pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebutkan. Prospek kenaikkan harga masih berlaku selagi EMA 100 menuju ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, sokongan yang kuat akan ditemui di sekitar tahap 0.7159-0.7205 sekaligus menyediakan isyarat yang jelas untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran terletak pada tahap 0.7250. Sekiranya harga berjaya menembusi rintangan pertama pada tahap 0.7250, maka pasangan mata wang ini akan bergerak lebih tinggi dan meneruskan kenaikkan sehingga harga mencecah ke tahap 0.7305 untuk menguji rintangan harian 2. Perlu diperhatikan bahawa rintangan utama dilihat terletak pada tahap 0.7344 dan 0.7400. Walau bagaimanapun, stop loss harus diletakkan pada tahap harga 0.7205.