
Gambaran keseluruhan:
Seperti yang dijangkakan, pasangan mata wang USD/CHF terus meningkat dari tahap 0.9623. Harga semasa dilihat di sekitar 0.9620-0.9650. Perlu diingat bahawa tahap sokongan berada di tahap 0.9623 yang mewakili tahap anjakan 38.2% pada carta H1. Harga cenderung untuk membentuk double bottom dalam tempoh masa yang sama. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tertinggi 0.9666. Oleh itu, beli di atas tahap 0.9623 dengan sasaran pertama pada tahap 0.9698 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke 0.9737 (double top). Turut diingatkan bahawa tahap 0.9737 merupakan kedudukan yang bersesuaian untuk mengambil keuntungan kerana ia akan membentuk double top. Walau bagaimanapun, sekiranya pembalikan berlaku dan pasangan mata wang USD/CHF menembusi tahap sokongan 0.9623, penurunan harga seterusnya pada 0.9575 boleh berlaku dimana ia akan menunjukkan penurunan harga pasaran. Perlu diingat juga bahawa double bottom dilihat pada harga 0.9550.