Harga telah mencapai sasaran keuntungan kami pada Jumaat dan pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lantunan semula harga dengan baik dari zon pembelian kami semalam seperti yang diharapkan. Kami kekal pada prospek kenaikkan harga untuk mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah di atas sokongan utama pada tahap 0.9606 (lanjutan Multiple Fibonacci, sokongan mendatar rendah) untuk menolak harga sehingga sekurang-kurangnya ke tahap rintangan 0.9659 (Penarikan semula Fibonacci, garis mendatar bertindih dengan rintangan).
Stokastik (34,5,3) kini melihat sokongan utama di atas 6% yang sepatutnya melindungi pergerakkan kenaikkan kami.
Analisis korelasi: Pasangan mata wang EUR/USD dan USD/CHF mempunyai korelasi negatif, bermakna pasangan mata wang ini bergerak ke arah yang bertentangan. Adalah baik untuk melihat penurunan pada pasangan EUR/USD dan aliran menaik pada pasangan mata wang USD/CHF.
Ambil pesanan membeli di atas tahap 0.9606. Stop loss ditetapkan pada tahap 0.9591. Sementara Take Profit terletak pada tahap 0.9569.
