
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tertinggi 1.1689. Merujuk kepada carta 1H, tahap 1.1689 adalah bertepatan dengan 78.6% Fibonacci, yang dijangka akan berperanan sebagai sokongan kecil pada hari ini. Memandangkan harga berada di atas tahap Fibonacci 78.6%, pasaran masih dalam arah aliran menaik. Tetapi, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.1689. Selain itu, harga masih menunjukkan kekuatan di atas Moving Average (100). Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang dinyatakan di atas, kerana prospek kenaikkan harga kekal sama selagi EMA 100 menuju ke arah yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, sokongan kuat pada tahap 1.1689 akan menyediakan isyarat yang jelas untuk para pedagang mengambil pesanan membeli dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1776 (double top). Sekiranya harga berjaya menembusi rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.1776, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan pada tahap yang lebih tinggi, meneruskan pembangunan aliran menaik ke tahap 1.1832 untuk menguji rintangan harian 1. Walau bagaimanapun, stop loss harus diletakkan di bawah tahap sokongan 1.1621.