Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Ogos, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-08-01T07:37:26

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Ogos, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 01 Ogos, 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat menembusi tahap rintangan yang telah bertukar kepada sokongan yang kuat pada tahap 0.9579 pada minggu lalu. Tahap 0.9579 adalah bertepatan dengan 38.2% Fibonacci, yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Memandangkan harga kini diniagakan di atas tahap Fibonacci 38.2%, pasaran masih dalam arah aliran menaik. Dari sudut ini, pasangan mata wang USD/CHF terus berada dalam aliran menaik daripada tahap sokongan baru 0.9575. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan bergerak di antara tahap 0.9579 dan 0.9728. Menurut kepada carta 4H, rintangan dilihat terletak pada tahap 0.9666 dan 0.9728. Adalah perlu diperhatikan bahawa tahap 0.9666 mewakili titik pangsi harian. Oleh itu, sokongan yang kuat akan dibentuk pada tahap 0.9575 sekaligus menyediakan isyarat yang jelas kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran terletak pada tahap 0.9666. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan 0.9666 (rintangan 1), pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak lebih tinggi untuk meneruskan pembangunan arah aliran menaik ke tahap 0.9728 untuk menguji tahap rintangan harian 2. Sementara itu, stop loss akan diletakkan di bawah tahap 0.9525.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...