Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Ogos, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-08-02T09:00:29

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Ogos, 2017

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Ogos, 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Dolar NZ dilihat telah menguji kawasan 0.7409 - 0.7444. Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan kenaikkan harga daripada tahap 0.7409. Walau bagaimanapun, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 0.7557, dan diikuti oleh tahap 0.7600, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.7444 (61.8% Penarikan Semula Fibonacci). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.7490 dan 0.7600. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi rintangan pertama yang terletak pada tahap 0.7557, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi (0.7600) untuk menguji. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7490 dengan sasaran pertama ditetapakn pada tahap 0.7557 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya menguji tahap 0.7600. Selain itu, adalah perlu diingatkan bahawa tahap 0.7600 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan kedudukan Take Profit kerana harga diramal akan membentuk 'double top' yang baru. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7444, maka penurunan harga ke tahap 0.7375 boleh dijangka akan berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...