
Ringkasan gelombang:
Pasangan mata wang EUR/NZD ini diniagakan dalam aliran menaik dan kini telah menembusi rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.5897. Ia sekaligus mengesahkan kesinambungan pergerakkan harga yang lebih tinggi ke arah tahap 1.6236 sebagai sasaran menaik yang seterusnya. Walau bagaimanapun, untuk dagangan jangka panjang, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/NZD ini juga akan bergerak menembusi tahap sasaran 1.6236.
Sokongan didapati terletak pada tahap 1.5880 dan sekali lagi pada tahap 1.5829. Ia berperanan dalam melindungi aliran penurunan harga ketika pasangan mata wang EUR/NZD ini mempercepatkan pergerakkan kenaikkan harga.
R3: 1.6006
R2: 1.5980
R1: 1.5930
Pangsi: 1.5900
S1: 1.5880
S2: 1.5829
S3: 1.5779
Cadangan Dagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR daripada tahap 1.5510. Kami akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 1.5750. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 1.5830 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.5750.