
Ringkasan gelombang:
Pasangan mata wang ini telah membuat pembetulan harga daripada tahap 131.40, lebih dalam daripada yang dijangkakan, tetapi selagi sokongan penting jangka pendek yang terletak pada tahap 129.83 melindungi aliran penurunan harga, maka harga akan mencapai sasaran ideal berhampiran pada tahap 133.46.
Penembusan jangka pendek di atas tahap rintangan kecil 131.12 akan mengesahkan pergerakkan menaik seterusnya yang lebih tinggi ke atas 131.40 untuk membolehkan harga bergerak lebih hampir ke tahap 133.46. Hanya penembusan harga di bawah tahap 129.83 akan mengesahkan bahawa gelombang C dan Y sudah selesai dengan ujian harga pada tahap 131.40.
Cadangan Perdagangan:
Stop loss kami yang terletak pada tahap 130.30 telah ditembusi untuk sedikit keuntungan. Kami akan mengambil pesanan membeli semula EUR di sini pada tahap 130.55 dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap 129.75 dan take profit pada tahap 133.20.