Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tinjauan makro global untuk 10/08/2017

parent
Analisis Forex:::2017-08-10T09:48:32

Tinjauan makro global untuk 10/08/2017

Tinjauan makro global untuk 10/08/2017:

Siri laporan ekonomi Jepun yang bercampur-campur telah mengecewakan para pelabur global. Teras Pesanan Jentera mencatatkan penurunan sebanyak 1.9% secara bulanan, sementara para peserta pasaran menjangkakan kenaikan 3.7% selepas susut -3.4% pada bulan lalu. Selain itu, Aktiviti Perindustrian Tertiari tidak meningkat seperti yang dijangka (0.0% berbanding 0.2%, -0.1% pada sebelumnya).

Laporan ini telah menimbulkan keraguan tentang apa yang dilihat sebagai permintaan domestik yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada penuruna telah diimbangi oleh beberapa laporan PPI yang lebih mengukuh. Indeks Harga Pengeluar menokok 2.6% pada tahunan, sementara peserta pasaran mengunjurkan kenaikan sebanyak 2.4%, selepas mencatatkan bacaan 2.2% pada bulan lalu. Walau bagaimanapun, tiada laporan daripada siri pengumuman ini yang menjadi pengubah permainan sebenar sebagaimana Bank of Japan (BoJ) berkemungkinan akan mengekalkan pendekatan tunggu dan melihat dan akan terus memantau perkembangan ekonomi. Ini adalah salah satu trend utama dalam pemulihan ekonomi domestik dan tidak mungkin mengubah pendirian monetari BoJ: ia masih kekal sangat akomodatif. Hasilnya, Yen Jepun masih menjadi tumpuan di semua pasaran, terutamanya jika konflik AS - Korea Utara semakin meningkat kerana Yen masih dianggap sebagai mata wang 'safe-haven'.

Mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan mata wang USD/JPY pada carta 4H. Harga perlahan-lahan dilihat menghampiri sokongan jangka panjang yang terletak pada tahap 108.79. Baru-baru, pasaran telah gagal untuk menebusi di atas 61% Fibo pada tahap 110.97 dan diterbalikkan untuk meneruskan kesinambungan pergerakkan penurunan harga. Keadaan pasaran semasa kelihatan 'terlebih jual', tetapi peluang untuk satu lagi pergerakkan menurun masih ada sebagaimana indikator momentum kekal di bawah paras lima puluh.

Tinjauan makro global untuk 10/08/2017

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...