
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat sedang meneruskan pergerakkan penurunan harga yang ketara daripada tahap 0.7421 pada minggu ini. Pasangan mata wang ini diniagakan susut daripada tahap 0.7421 kepada 0.7337, dan harga masih diniagakan dalam aliran menurun menuju ke tahap 0.7270 - 0.7337. Selain itu, kami menjangkakan julat dagangan di antara tahap 0.7337 dan 0.7201 (bahagian double top). Buat masa ini, tiada sebarang perubahan dalam tinjauan teknikal saya. Harga kekal cenderung kepada aliran penurunan harga dalam jangka masa pendek menguji tahap 0.7201 atau lebih rendah. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7337, dan diikuti oleh tahap 0.7421, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.7285. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih diniagakan di antara tahap 0.7201 dan 0.7285; Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menebusi rintangan yang terletak pada tahap 0.7421, maka pasaran diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap 0.7285. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramal akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 0.7285 dengan sasaran untuk menguji tahap sokongan mingguan 2 pada tahap 0.7109. Sebaliknya, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan 0.7421 (rintangan utama), maka senario ini mungkin akan terbatal.